BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 14, 2009

Thank you, Alhamdulillah


Sama memang lebih kurang sama. Dulu pun saya pernah approach juga orang yang kira dah biasa buat bisnes MLM ni. Memang susah dan selalunya tak berhasil. Kalau adik-beradik lagi susah. Itu cerita upline saya.

Ada orang kata MLM …bisnes malam malam. Sebab siang buat kerja lain. Malam lah baru ada masa nak buat second job ni. Satu lagi bila kita approach golongan yang kira-kira medium…kalau kat ofis tu kira Non-Exec lah. Fuhh lagi susah..dengar pun buat-buat macam tak dengar…Terkadang terpikir gak…Eihhh patutlah dia takat ni jeh. Kira dah selesa dengan keadaan hidup sekarang. Tak per..biar kan luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan…biarkan.

Minggu pertama saya bergelar usahawan alpha lipid dah pun berlalu. Kebiasaannya kawan-kawan ni bila kita hantar email…setidak-tidaknya akan balas jugak sepatah dua. Hampir kesemua senarai yang upline saya suruh buat tu saya dah hantar e-mail. Saya tak call sebab masih ada lagi dalam diri ni perasaan malu. Macam upline saya gak dulu. Lepas jer sign up sebagai supervisor..termenung tengok susu 30 tin…Pecah perut nak perabih ni…Tapi alhamdulillah dia dah pun lalui semua tu dengan berjaya. Cerita dia…dia memang malu nak approach kawan-kawan sekerja dulu…So dia start dengan jiran-jiran dulu. Suami saya merupakan kawan pertama yang dia cerita pasal kerja baru dia ni. Dia dah pun dapat income 5 angka…lebih dari gaji dulu. Sekarang dah tak malu..malahan bangga...Satu lagi kemana jer boleh berdua.

Dulu pun saya tak percaya bila dia kata dia tak kerja selepas kontrak kerja dia tak disambung. Mesti dia bohong tu…saja nak rahsiakan kat mana dia sekarang.

Berbalik pada cerita email saya…Cuma sorang dua jer yang balas email saya. Itupun negative…Reject..saya dah makan produk lain. Yang lain tu senyap terus…macam ala-ala tak terima gitu. Sama jugak dengan SMS sorang pun tak der yang jawab. Tension woo…camaner nak perabih 30 tin ni…

Alhamdulillah hujung minggu baru ni kawan baik suami saya dah pun setuju nak cuba produk ni. Dia ni memang teman kamcing..teman melancong pun yer gak…Itu memang hobi suami saya…Harapan saya produk ni dapat membantu dia dan isterinya. Biasalah bila umur dah pertengahan ni macam-macam masalah kesihatan.

Perasaan saya memang down habih…apa tak nya semua yang saya approach tak menjadi. Tunggu dulu…ada yang kata tunggu tulang reput dulu…Lawak jer tu…saya tahu…Tak per mungkin dia ada masalah dia sendiri…maksudnya masalah kewangan. Apa yang saya cuba utarakan mungkin dia belum nampak…macamana nak selesaikan masalah kewangan. Bagi dia masa untuk pikirkan.

Petang ni saya rasa bertenaga sikit nak mencoret dalam blog ni bila suami pesan esok bawak 3 tin kat ofis. Ada prospek…insyallah jadik…Dah ajak ‘Guru’ briefing masa lunch tadi…Wau …mungkin doa saya Allah terima. Alhamdulillah.

Sunday, April 12, 2009

Positif..Memang Positif

Plan hari ni bertukar..Semalam Nana call. Mama datanglah sini. Nana nak pinjam kamera yang baru tu. Emm..nampak gaya tak dapat ler abah dia nak bawak gi Macau hujung bulan ni.

Minggu depan Nana ada pertandingan Okestra. Tahun ni sekolah dia jadi host lagi untuk Okestra. Tak tahulah dia tu aktif terlajak. Semua aktiviti dia masuk…Okestra, bola keranjang..tekwando..Yang terbaru dia dipilih sebagai wakil sekolah ke expidisi Gunung Kinabalu, Sabah anjuran Unesco. Apa-apa pun saya bangga juga dengan pencapaiannya. Biarlah dia aktif. Saya dulu tak der peluang nak join semua tu. Aktiviti sukan satu apa pun tak jadi wakil sekolah…usahkan wakil sekolah wakil rumah pun tak pernah. Kalau lari mesti corot punya. Nana dah pernah dapat olahragawati sekolah masa tingkatan satu lagi. Jadi memang dia ada tokoh. Dan mungkin sebab itu lah cikgu calonkan dia wakil sekolah ke expidisi peringkat antarabangsa tu. Cuma tahun depan dia kena kurangkan sikit sebab tahun depan dia akan ambil SPM. Abah dia dah janji kalau dapt semua ‘A’ boleh gi Amsterdam…Wau kan main lagi janji…Ni janji hak PMR pun belum tunai lagi ni camaner. Dulu janji nak gi Hong Kong…sejak gawat ni abah dia nak tukar plan hala ke Surabaya ker…Bandung ker…Tapi sah Nana tak setuju nya…Kalau Perth ok gak Bah. Oklah nanti tunggu Air Asia buat promotion.

Memang abah dia ni tiap kali Air Asia buat promo tak senang duduk..Sanggup berjaga malam nak booking tiket murah. Yang herannya dia memang selalu dapat punya. Kalau Air Asia print profil dia …memang tak pernah lagi gi mana-mana guna tiket mahal. Emm …itu semua about planning…

Perjalanan ke Kuantan pagi tu cuma 2 jam jer. Biasalah tu kalau hala pergi tu laju jer. Hari ni suami saya drive sorang. Sampai di Maran hp saya berbunyi…Hah Hariz talipon. Tak percaya dia bila saya cakap..Mama nak sampai kat sekolah ayeih dah ni…Nanti bitau kakak Nana tau. Yess..happy sungguh dia..

Kami sampai tepat jam 12.30 tengahari. Ayeih memang dah tertunggu-tunggu sejak tadi. Cuma Nana aje yang tak der …tah melilau ke mana. Tak lama tu Nana muncul dari arah kantin…Ooo rupanya gi kantin makan. Biasalah tak lalu makan kat dewan makan. Sebut dewan makan terbayang ikan baju besi…eiii..memang tak lalu.

Kami tak ke mana cuma duduk melayan mereka berdua kat situ. Bagi peluang mereka guna notebook. Kat sekolah tu memang ada free internet. Canggih sungguh sekarang ni. Saya dulu dah masuk ‘U’ baru dapat guna komputer. Itu pun kat makmal komputer. Dah boring guna notebook ajak ayeih cari buah mangga masak tepi padang sekolah..Dulu masa saya sekolah kat sini pokok tu belum ada. Bagus jugak idea cikgu menghijaukan sekolah dengan pokok buah-buahan. Boleh gak budak-budak ni makan buah mangga. Tapi yang pastinya buah tu tak dan nak masak.

Hampir jam 6 petang kami meninggalkan pagar sekolah. Perjalanan balik mengambil masa 3 jam. Biasalah bila malam ni bawak slow sikit …tambahan pulak hujan agak lebat. Tapi yang pastinya…suami saya boleh drive pergi dan balik. Satu perubahan yang positif..sejak dia mengamalkan minuman breakfast..ALPHA LIPID.

Tuesday, March 31, 2009

Melancong lagi...Hanoi









Hanoi merupakan destinasi perlancungan saya kali ini. Sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 17, hubby secara senyap-senyap dah beli tiket ke sana.




Di sana kami menginap di hotel low cost jer. Cukup setakat untuk tidur ...Lain lah kalau travel dengan anak-anak kena cari hotel yang ada star...ada swimming pool...Tambahan pulak rate hotel di sini agak mahal.


Hari kedua kami di Hanoi, ikut tour pakej ke Halong Bay. Tak lah jauh mana dari hotel tapi ambil masa hampir 3 jam. Limit speed kat sana 60 km/jam..ushh tension gak bila tengok driver bawak slow sangat. Sebab saya memang tak suka bawak kereta slow....


Halong Bay merupakan salah satu keajaiban dunia. Airnya yang jernih dan pulau-pulai kecil di sekitar...memang sungguh ajaib dan cantik. Pendek kata kalau ke Hanoi mesti singgah di Halong Bay.

Kami sempat juga ke memorial dan muzium Ho Chi Minh. Mayat yang dah berusia 40 tahun tu di simpan elok. Kawalan ketat nak masuk ke situ. Handphone dan camera tak boleh bawa masuk. Rumah peninggalan Ho Chi Minh juga menjadi destinasi pelancong.

















Karangan Terbaik UPSR 2007

Cuba baca karangan ni. Kreatif sungguh budak ni...Mulanya tak berminat jugak nak baca..tapi bila baca terasa semacam teruja nak habiskan.

****************************

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Tra! nsformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.